SENTUHAN HANIM DIPUJI RAMAI

SENTUHAN HANIM DIPUJI RAMAI

23/09/2020 Off By RUDY SYAREME

SENTUHAN HANIM DIPUJI RAMAI
Sentuhan jari dalam solekan mencerminkan keperibadian seseorang itu benar-benar berkebolehan atau tidak dalam seni tatarias wajah agar kelihatan lebih cantik dan menawan.

Itulah yang ingin Mercikkk.Com kongsikan kepada semua mengenai jurusolek artis atau lebih popular dipanggil MUA ini yang mendapat pujian tatkala melakukan solekan wajah ketika menjalani dan mengikuti pengambaran klip video muzik Islah & Thy People di Pulau Pinang baru-baru ini.

Dengan gaya sentuhan yang tersendiri menampakkan profesionalisme Norfatiha Hanim Nen, 25, atau lebih mesra disapa Hanim menjadikan dia seorang jurumekap profesional yang berjaya sejak berkecimpung dalam bidang solekan beberapa tahun yang lalu.

Menurutnya kerjaya dalam bidang solekan ini hadir sewaktu mula-mula dulu terbabit dalam bidang urutan tradisional dan menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah namun atas minat yang begitu mendalam dalam bidang solekan memaksa ia dilakukan secara lebih serius ketika ini.

Demi mencari rezeki aturan langkah dalam bidang perniagaan ini diatur penuh teliti dan lebih-lebih lagi bidang solekan yang menjadi kerjaya tetap di samping turut melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu terhadap dua cahaya mata.

“Dalam mengembangkan sayap perniagaan mulanya hanya bermodalkan RM200 untuk membeli barang solekan namun sedikit demi sedikit membeli produk solekan yang leebih bagus untuk menampakkan solekan lebih cantik dan tahan lama.

“Syukur Alhamdulillah sedar tidak sedar dari RM200 kini sudah mencecah RM5,000 barang solekan dan pastinya ia cukup mengejutkan kerana tidak menyangka akan sampai ke tahap sekarang selain melahirkan rasa bersyukur kepada Allah SWT di atas rexeki yang diberikan,” katanya.

Bagi Hanim sendiri, setiap perniagaan mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri dan baginya setiap hari adalah cabaran kerana kita tidak tahu kita akan berdepan dengan sesiapa saja termasuk pelanggan dan setiap hari ada saja pengalaman baru.

“Seperti baru-baru ini saya perlu melakukan tatarias kepada seorang pengantin yang mempunyai kulit wajah yang agak sensetif dan berkulit jerawat dan ia merupakan salah satu cabaran yang harus dihadapi untuk memudarkan parut jerawat untuk kelihatan lebih cantik di hari persandingannya.

“Kepuasan pelanggan sangat dititikberatkan dan oleh itu ia adalah salah satu sumber pendapatan dan peluang dan ruang untuk pergi lebih jauh lagi dalam bidang ini selain memilih dan memberi nasihat dan pandangan pada setiap pelanggan yang memilih Hanim DTouch.

“Jika dilihat terlalu banyak yang dihadapi tetapi kita perlu positif dalam menghadapi apa juga keadaan sama ada ia satu pilihan ataupun sebaliknya termasuk menimba pengalaman baru dalam bidang pengambaran klip video baru-baru ini.

“Perhargaan ini diberikan kepada team produksi Panca Abadi Automobil Sdn Bhd di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan selain menimba pengalaman baru yang dianggap sebagai satu tuah dan rezeki yang tidak seharusnya ditolak begitu saja,” katanya.

Harapan masa depan Hanim DTouch adalah untuk memiliki sebuah studio sendiri kerana ingin merasai dan menikmati satu keselesaan buat diri serta pelanggan-pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan solekannya tidak kira sama ada di Perak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.

#kredit foto hanim_dtouch

Info
Nama Penuh : Norfatiha Hanim Nen
Umur : 25
Asal Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Status : Berkahwin dan dua cahaya mata.
FB Page : Hanim / Makeup by Hanim
IG : hanim_dtouch
TEL : 014-2401046

#makeupcutcrease
#cutcreaselovers
#makeuppenang
#makeupkedah
#makeupperak
#makeuptravel
#makeupnikah
#makeupmodel
#makeupkahwin
#makeupmalamberinai
##makeupphotoshoot
#makeupartis
#makeupvideoshoot
#mercikkk_official
#official_abgrudy