Sajian D’Tandoor Yang Cukup Awesome

Sajian D’Tandoor Yang Cukup Awesome

02/10/2020 Off By RUDY SYAREME

Sajian D’Tandoor Yang Cukup Awesome

Pertama kalinya melangkah masuk ke Restoran D’Tandoor Jalan Baru, Bukit Mertajam Pulau Pinang sudah cukup menarik perhatian untuk menjamu selera di sini.

Bukan hanya sajian istimewa yang dihidangkan tetapi kelazatan dan keenakan ramuan rasa India Utara yang menjadi simbolik membangkitkan selera sesiapa sahaja termasuk penulis sendiri.

Sebelum itu jutaan TERIMA KASIH diucapkan kepada pihak pengurusan D’Tandoor sendiri kerana sudi menjemput AbgRudy dan Mercikkk.Com hadir untuk review dan preview secara eksklusif malam tadi dengan pelbagai sajian yang cukup sempoi.

Percaya atau tidak? Memang sedap dan melazatkan tau!!! Anda perlu datang ke sini untuk menikmati sendiri dan pastinya anda akan berpuas hati dengan harga yang cukup berpatutan bukan hanya makan secara bersendirian atau bersama keluarga tersayang dan teman-teman.

Pada malam penuh istimewa ini, AbgRudy disajikan dengan hidangan yang sedap dan perghhhh!!!! Terbaiklahhh 🥰

Bermula dengan Nasi Mandy Ayam yang kini hangat dipromosikan pada setiap Jumaat di Masjid Seberang Jaya pada harga serendah RM12 manakala Nasi Mandy Kambing (RM15).

Diikuti pula Bamboo Briyani atau Nasi Briyani Buluh yang disajikan bersama Kari Daging Kambing, Telur Rebus dan kelembutan Nasi Briyani di dalam buluh…

Tidak ketinggalan Lamb Shank Briyani yang disajikan di dalam mangkuk tembikar panas-panas membangkit selera sesiapa saja yang makan di sini.

Selain itu, Cheese dan Garlic Nan yang lembut dimakan bersama kuah Daging atau Ayam pastinya amat menyelerakan.

Bagi pengemar Butter Chicken Masala pula pastinya tidak ketinggalan untuk mencuba kerana sajian ini perghhhh!!! memang sedap tidsk terhingga dan sekali makan pasti tidak akan puas.

Mutton Rogan Josh yang diperbuat dari yogurt juga rasanya sedap dan bagi yang suka rasa klasik India, sajian ini amat sesuai dimakan.

Bagi sajian pencuci mulut, AbgRudy berkesempatan mencuba Kulfi Mango yang merupakan karamel mangga yang lembut dan berkrim selain Peanut Butter Milkshake yang sempoi

Info

Nasi Mandy Ayam – RM12
Nasi Mandy Kambing – RM15
Bamboo Briyani Ayam – RM28.50
Bamboo Briyani Kambing – RM31.90
Lamb Shank Briyani – RM42.90
Butter Chicken Masala – RM33.90
Mutton Rogan Josh – RM27.50
Kufli Mango – RM11.90
Peanut Butter MilkShake – RM11.90

Jom!!! Ingin sajian yang cukup istimewa dan surrrrrr💦💦💦💦 Jom kita ke D’tandoor Jalan Baru untuk menikmati sajian India Utara yang cukup melazatkan…

Jemput datang ke Restoran D’Tandoor Jalan Baru, Bukit Mertajam

Waktu operasi :
11am – 10pm (Setiap Hari)

#dtandoor #arabic_cruisine #northindianfood #northindian #northindiancuisine #seberangperai #seberangjaya #seberangperaiselatan #seberangperaitengah #bukitmertajam #pulaupinang