Pengalaman Terindah Ride Supercub NVOG & Friends Buka Tirai 2021

Pengalaman Terindah Ride Supercub NVOG & Friends Buka Tirai 2021

01/01/2021 Off By RUDY SYAREME

Pembukaan tahun baru 2021 diwarnai pengalaman terindah Ride Supercub NVOG & Friends yang cukup menarik hari ini.

Destinasi pilihan bermula dari Pulau Pinang – Kulim – Baling – Tasik Pedu – Padang Senai – Kuala Nerang – Sik – Gurun – Penang bermula seawal jam 7 pagi.

AbgRudy bersama 25 sahabat NVOG & Friends mengikuti ride pembuka tirai tahun 2021 dan semua peserta diminta berkumpul di Stesen Petronas Sg Seluang, Kulim.

Bermula dengan bacaan doa sebelum memulakan ride pembuka tirai menuju ke Warung Mat Noi, Baling, Kedah untuk sarapan pagi.

o

Sememangnya Warung Mat Noi cukup popular dan sinonim bagi warga Bikers sebagai hentian wajib setiap kali ke Baling untuk menikmati selera roti bakar telur pelbagai style yang cukup awesome dan harga pula memang murah dan sempoiiii.

Destinasi seterusnya kami bertolak ke Tasik Pedu, Kedah sejauh kira-kira 77 kilometer (km) yang mengambil masa lebih 1 jam 30 minit melalui Jalan Weng seterusnya menyusuri laluan Kampung Memali, Kampung Weng dan seterusnya ke Tasik Pedu.

Kesempatan melalui jalan berbukit diabadikan dengan sesi bergambar di Tasik Pedu yang dulu lebih dikenali sebagai Kolam Air Pedu yang mengalir ke seluruh penduduk di Kedah dari arah Sungai Pedu ke Sungai Padang Terap.

Dari Tasek Pedu kami melalui laluan ke Padang Sanai dan kami dikejutkan dengan keadaan tanah runtuh dan laluan terpaksa ditutup untuk kenderaan lain dan dilencongkan laluan untuk motosikal sahaja.

Saat yang dinanti-nantikan akhirnya tiba di Air Terjun Bukit Seraya dan untuk tiba ke laluan air terjun terpaksa menempuhi laluan jalan bukit, pokok getah dan denai-denai sungai yang cukup mencabar.

Air Terjun Bukit Seraya ini terletak di kawasan bukit bersempadan dengan Thailand dan masa diambil untuk ke sana kira-kira 20 minit sahaja.

Perghhh!!! laluan benar-benar menguji mental dan fizikal diri dan tetapi selepas terlihat air terjun segalanya hilang dalam sekelip mata dan rasa tidak sabar untuk mandi yang telah melambai-lambai memanggil nama kami semua.

Tunggu apa lagi!!!Mandi Time…sejuk gedikkkk!!!

Selesai mandi kami terus bersiap untuk ke rumah Abg Man untuk makan tengah hari dan bagai langkah kanan dan kami disajikan dengan Gulai Ikan, Ikan Goreng dan Ayam Kampung Masak Merah serta ulam-ulaman.

Gembira sudah, cabaran pun sudah dan di sebalik itu terselit rasa sedih dan pilu apabila kami turut melaksanakan Program NVOG Prihatin dengan berkunjung ke Rumah Cikgu Md Isa Harun di Kuala Nerang

Cikgu Md Isa Harin merupakan Penasihat NVOG Border dan beliau kena serangan stroke dan lumpuh sebelah badan hampir 20 hari.

Kesempatan ini kami turut menghulurkan sedikit sumbangan dari NVOG & Friends sebelum beredar untuk ke destinasi seterusnya ke Sik, Kedah.

Destinasi terakhir kami semua ke Route 175 Melati Dusun dimana hentian ini merupakan persinggahan rakan-rakan bikers dan restoran.

Kami dijamu dengan kesedapan Bihun dan Mee Goreng Istimewa sebelum bergerak pulang ke Pulau Pinang.

Apapun ride kali ini cukup istimewa dan sempoi kerana ada suka, gembira, teruja, kenyang dan tidak terkecuali sedih pun ada.

Kami doakan agar Cikgu Md Isa kembali sihat seperti biasa dan semua teman-teman NVOG & Friends (SELAMAT TAHUN BARU 2021)

Terima Kasih semua kawan-kawan NVOG & Friends