’10 Tips Tipu Bini Sempoibaqhang!!!!

’10 Tips Tipu Bini Sempoibaqhang!!!!

15/01/2021 Off By RUDY SYAREME

’10 Tips Tipu Bini Sempoibaqhang!!!!

Pernahkah anda terfikir atau terbayang situasi bila terkantoi dengan isteri masing-masing…Seronok atau Sebaliknya…

Tetapi ia amat berbeza sekali apabila ia dipertontonkan dalam satu karya yang cukup melucukan menerusi naskah terbaru dalam filem 10 Tips Tipu Bini terbitan Rumah Produksi Merah Sdn Bhd.

Produksi sulung buah tangan penyanyi popular Dato’ Awie atau Ahmad Azhar Othman tidak mengecewakan dan boleh dibanggakan.

Mercikkk.Com bagi 5 💥💥💥💥💥 bukan nak bodek tapi cukup menyeronokkan dan melucukan lebih-lebih lagi barisan pelakon-pelakon yang hebat dan tidak terkecuali barisan pendatang baru juga tidak mengecewakan.

Karya pembuka tirai 2021 Dato’ Awie boleh dikatakan hebat sehebat pandemik Covid-19 yang melanda negara mampu melakar sejarah tersendiri dalam industri perfileman negara.

Dengan mesej yang diselitkan juga menikam jiwa terutama bagi mat-mat moto yang kaki ride pasti tersenyum sipu-sipu manja dan mungkin ada yang pernah mengalaminya atau sebaliknya.Hahaha!!! Tepuk Dada Tanya Iman bai!!!

Kita percaya ianya sekadar hiburan semata-mata tetapi filem arahan Azizi Chunk Adnan cukup sempoi dan masih teringat lagi filem arahan beliau dulu Antoofighter: Amukan Drakulat! bergenre komedi suatu ketika dulu memang kelakar dan tidak mengecewakan.

Mercikkk.Com tidak mahu spoilkan filem 10 Tips Tipu Bini dan anda sendiri kena langgan dan tonton sendiri.

Hanya RM15 untuk dua hari di saluran Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim 10 Tips Tipu Bini di Astro Go atau On Demand.

Info

Filem : 10 Tips Tipu Bini’
Arahan : Azizi ‘Chunk’ Adnan, manakala Skrip : Armada Al Haq.
Penerbit : Dato’ Ahmad Azhar Othman
Terbitan : Rumah Produksi Merah Sdn Bhd.
Pelakon : Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Elizabeth Tan.

Tidak ketinggalan pendatang baru, Monica Pica, Amy Nurtinie kelihatan bersahaja dan ok! je lakonan mereka.

Filem ini juga turut diiringi dengan OST yang digarap sepenuhnya oleh Dato’ Awie iaitu ‘Sang Kekasih’ dan juga ‘Dubuk Liar’nyanyian Wings.

Sinopsis

Filem berdurasi 104 minit ini mengisahkan tentang 3 sahabat baik (Raffi, Kay dan Jepp). Mereka bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & Events kepunyaan Dato Dean.

Ketiga-tiga mereka sudah berkahwin tetapi sifat mereka dirumah amat berbeza sekali dan paling kelakar ‘Takut Bini’ hehehe.

Tiga brotherhood kita ada kelab motor berkuasa besar Harley Davidson diberi nama ‘DUBUK LIAR’ dan sifat mereka tiba-tiba berubah selepas terlihat kejelitaan tiga awek ‘intern’ ditempat kerja lalu terpikat dengan mereka.

Bermulalah episod demi episod nakal mereka pabila tiga hero cuba memikat gadis jelita sehingga terpaksa menggunakan tips dari Doktor Love untuk menipu isteri masing-masing.

Nak tahu lagi apa kesudahannya kantoi atau tidak, kenalah langgan dan tengok sendiri tak bestlah citer dekat sini…heheheh.

Lokasi pengambaran Kuala Lumpur dan Pulau Pinang…Terbaiklah Bahang Bay Hotel pun ada…sempoirahhhh!!!

Hujung minggu nie kita layan filem 10 Tips Tipu Bini di Astro First …hahahaha berdekah ketawa bai….Mantap Pak Abu ….memang sempoirahhhh!!!

Tak caya kenalah tonton!!! TAHNIAH Bro @awieofficial @awiepamalo karya yang mantap dan terbaik

Official Trailer https://www.facebook.com/astroshaw/videos/1017041008784392/

@awieofficial
@joey_daud
@kei_ramoss
@ropie_sryn_
@azleesenario
@elizabethtan
@miss_sugarrush
@amynurtinie
@naziamustafar
@vicha_barbie
@ziemadin
@jehan_miskin
@akueatu
@nasirbilankhan1760

#10TipsTipuBini
#DiPawagamRumahAnda
#AstroFirst