Raja IIya Lepaskan Richiamo Coffee

Raja IIya Lepaskan Richiamo Coffee

05/02/2021 Off By RUDY SYAREME

Raja IIya Lepaskan Richiamo Coffee

PENANG : Pelakon jelita, Raja IIya secara rasminya melepaskan jawatan dan pegangan saham dalam Richiamo Coffee.

Pengumuman itu disahkan menerusi satu siaran media oleh Richiamo Coffee Sdn Bhd hari ini selaku pemilik rangkaian kedai kopi premium yang popular di seluruh negara.

Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad bersama sekarang lagi rakan kongsi, Zulkiflee Yusof telah secara bersama melepaskan pegangan mereka di dalam syarikat berkenaan.

Dengan pengumuman itu, Muhd Zamry Abu Samah kini menjawat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee Sdn Bhd.

Muhd Zamry kini memegang 80 peratus saham selepas Raja Ilya dan Zulkifli secara sukarela melepaskan pegangan masing-masing iaitu 20 peratus setiap seorang selain Muhd Zamry telah menawarkan untuk membeli saham-saham dari mereka berdua.

Bagaimanapun nilai pembelian semula saham kedua-dua mereka itu tidak didedahkan dan perletakan jawatan mereka berkuatkuasa mulai 31 Januari lalu.

“Tiada sebarang perubahan di dalam struktur pentadbiran syarikat walaupun kedua-dua pemegang saham itu melepaskan pegangan masing-masing.

“Operasi masih berjalan seperti biasa dan ia tidak menganggu sebarang urusan dengan pelbagai pihak sama ada para pelanggan, pihak pembekal dan juga syarikat kewangan.

“Syarikat ingin mengucapkan terima kasih kepada Raja Ilya dan Zulkiflee di atas sumbangan mereka selama lima tahun kebelakangan ini bagi membangunkan jenama Richiamo Coffee sehingga ke tahap sekarang dan menjadi sebutan serta dikenali ramai,” kata Richiamio Coffee.

Sedikit info mengenai Muhd Zamry.

🔰Mempunyai pengalaman dalam industri permotoran dan memilik pengalaman lebih 30 tahun.

🔰 Memiliki pengalaman di dalam pemasaran dan jualan dalam industri makanan dan minuman yang diterokai sejak 2015 memiliki prospek yang cerah untuk berkembang di dalam dan luar negara.

🔰Richiamo Coffee ditubuhkan pada 2015 merupakan jenama rangkaian kedai kopi premium dan kini telah mempunyai 30 cawangan di seluruh negara dan bakal membuka tujuh lagi cawangan sehingga akhir Februari ini.

Mercikkk.Com ingin mengucapkan jutaan Tahniah dan Syabas kepada Muhd Zamry dan berharap agar terus berjaya dan berkembang maju di masa akan datang.

Ends.

Richiamo Coffee Richiamo Coffee