Cocunut Husk Barbecue Tarikan Terbaru Rasa Sayang Shangri-La Penang

Shangri-La Rasa Sayang, Penang memperkenalkan promosi terbaru Coconut Husk Barbecue di Tepi Laut Seafood Grill pada setiap Jumaat hingga Ahad mulai 2 Mei lalu.

Promosi terbaru ini bermula adalah sebagai mempromosikan outlet terbaru sambil menyaksikan panorama indah laut dan kecantikan permandangan senja.

Coconut Husk Barbecue berkonsepkan makan dalam daun pisang membangkitkan aroma rasa asli inspirasi gaya tradisi seperti berada di Pantai Jimbaran, Bali, Indonesia.

Tidak perlu lagi pergi ke Bali kini sudah ada di Pulau Pinang dengan pelbagai pilihan menu seperti Malay Fish Cracker (Keropok Lekor), Sate Jumbo Ayam Tepi
Laut dan Seafood Satay Lilit sebagai pembuka selera.

Seterusnya bagi membangkitkan aroma rasa sebenar daun pisang Cocunut Husk Barbecue disajikan Black Pomfret, Gold Pomfret, Red Lionfish, Snapper, Grouper,
Squid, Scallop, Prawn dan Lobster.

Setiap sajian disertakan dengan nasi, papadom dan ulam-ulaman disamping sambal belacan, cili kicap menangis, eggplant chili, sambal air asam, sambal hijau

Penolong Pengurus Eksekutif, Jegan Selvarajan berkata pelancaran menu terbaru ini bagi menarik perhatian pengunjung tempatan merasai dan menikmati sesuatu yang baru sambil menikmati panorama indah waktu senja sambil menjamu selera bersama keluarga atau teman-teman tersayang.

Biarpun tidak dapat merasai aroma indah di Bali, Indonesia secara dekat tetapi adanya promosi terbaru ini seolah-olah anda berada di Indonesia ditempat anda sendiri… Menarik Bukan?

Sebagai tambahan, pematuhan Standard Prosedur Operasi (SOP) tetap diterapkan selain penjarakan sosial satu meter dan sentiasa pakai mask setiap masa amat diperlukan dan diharapkan.

The Coconut Husk Barbecue bermula dari 2 Mei 2021) di Tepi Laut Seafood Grill

Tarikh : Setiap Jumaat hingga Ahad.
Jam : 5pm hingga 10pm.
A la carte menu disediakan pada harga bermula dari RM50.

Untuk tempahan boleh hubungi talian 04-8888788 atau 019-4090460