Program Mai Kacau Bubur Lambuk Tourism Malaysia Northern Region Meriah

Program Homestay Malaysia Mai Kacau Bubur Lambuk mendapat sambutan hangat apabila lebih 1,500 bungkus bubur lambuk habis diedarkan kepada orang ramai di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Batu Kawan semalam.

Program tahunan yang diadakan buat kali kedua ini sejak 2019 agak berbeza dengan norma baru pada tahun ini dengan pematuhan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negera (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Program anjuran Pejabat Kementerian Pelqncongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jambatan Kedua Sdn Bhd, Persatuan Homestay Negeri Pulau Pinang dan Tourism Malaysia Wilayah Utara.

Pelancaran program ini disempurnakan Ecco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin.

Hadir sama, Pengarah MOTAC Pulau Pinang, Jonathan Freddy P Bagang, Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, Faisal Shabudin, Pemangku Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, Yoganthiran dan Pengerusi Homestay Negeri Pulau Pinang, Rohaizat Othman.

Program Mai Kacau Bubur Lambuk dan Pelancaran Pakej Homestay Negeri Pulau Pinang yang dilancarkan serentak itu bertujuan untuk memperkenalkan program pengalaman homestay yang terdapat tarikan tersendiri terhadap produk yang ditawarkan membabitkan 10 kluster program membabitkan seramai 135 pengusaha.

Antaranya, Homestay Mengkuang Titi, Homestay Teluk Bahang, Homestay Pulau Betong, Homestay Sungai Semilang, Homestay Sungai Duri, Homestay Sungai Setar, Homestay Sungai Chenaam, Homestay Pulau Aman, Homestay Kota Aur dan Homestay Lahar Yooi.

Program ini sebenarnya adalah satu program yang cukup menarik dimana pelancong akan tinggal bersama keluarga atau tuan rumah disamping berpeluang berinteraksi serta mengalami gaya hidup seharian masyarakat kampung dan kebudayaan mereka.

Jika dilihat konsep utama adalah lebih kepada produk gaya hidup pelancongan yang berunsurkan pengalaman dan bagi mempromosikan program homestay ini satu platform digital JomHomestay.My diwujudkan Tourism Malaysia bagi pakej inap desa di seluruh negara.

Pelancong boleh tempah dan bayar secara dalam talian untuk pakej homestay dan kampungstay yang berdaftar secara sah dengan mudah dan selamat.

Ends.