SINAR KASIH ANAK SYURGA, NUR QALEESYA BATRISYA

SINAR KASIH ANAK SYURGA, NUR QALEESYA BATRISYA
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin / Editor Mercikkk.Com / 21 Mei 2021

Berat mata memandang, berat lagi bahu keluarga yang memikulnya apabila anak bongsu perempuan kesayangan yang berusia dua tahun telah disahkan mengidap penyakit barah leukemia sejak November tahun lalu.

Apa yang lebih membimbangkan penderitaan Nur Qaleesya Batrisya Mazuwan, anak bongsu daripada empat beradik bukan hanya penyakit barah yang dihidapi tetapi turut mengidap penyakit jantung berlubang berikutan injap saluran sempit dan dalam hempedu ada batu.

Segalanya dikongsikan bapanya, Mazuwan Mahat, 44, bersama Mercikkk.Com baru-baru dalam satu pertemuan ingin berkongikan sedikit keperitan dan kesusahan yang dihadapinya ketika negara melanda pandemik Covid-19 yang semakin mencabar ketika ini.

Mazuwan berkata, apa yang ingin dikongsikannya adalah untuk masa depan anak syurga kesayangannya itu memandangkan keadaan kini semakin susah selain hanya dirinya seorang yang bekerja bagi menampung seluruh keluarga dengan kadar pendapatan hanya sebagai kakitangan sebuah pasaraya di Jalan Tanjung Tokong.

Menurutnya, isterinya hanya seorang surirumah manakala tiga anaknya berusia antara 14, 11, 10 tahun dan masih bersekolah selain ibu yang tinggal bersama mereka di sebuah rumah sewa di Puncak Eskrine, Tanjung Tokong.

Katanya, dengan pendapatan hanya RM1,300 sebulan selain komitmen yang agak tinggi termasuk sewa rumah, bil utiliti dan kereta serta pembelanjaan harian baginya tidak mencukupi selain pembelanjaan untuk Nur Qaleesya.

“Bukan menagih simpati tetapi memohon sedikit pertimbangan dan bantuan kewangan untuk menampung pembelanjaan Nur Qaleesya setiap bulan serta kos pembedahan jantung yang menelan kos kira-kira RM60,000.

“Dengan latar belakang keluarga yang susah ini baginya agak sukar untuk mencari kos sebanyak itu selain kos pembelanjaan susu Pediasure, lampin pakai buang serta kos pembelanjaan dan pengangkutan untuk temujanji di Hospital Pulau Pinang dengan pakar mata, telinga, gerak kerja, bedah, jantung dan pakar penyakit barah memerlukan belanja yang agak besar.

“Jika diikutkan, Nur Qaleesya pada tahun ini kena menjalani pembedahan jantung tetapi terpaksa ditunda untuk habiskan rawatan kimoterapi atas nasihat pakar perubatan dan Insyallah jika semua berjalan lancar dan wang mencukupi pembedahan akan segera dilakukan,” katanya.

Mazuwan berkata, sekiranya ada pihak yang sudi untuk menghulurkan bantuan kewangan atau sumbangan boleh menghubungi beliau untuk pertanyaan lanjut.

Edarozana Md Darus (011-28470150)
Mazuwan (011-37139795)

#kamiprihatin #mohonbantuan #prihatin #anaksyurga #mercikkk_official #official_abgrudy