Siapa Dah Tengok, Angkat Tangan!!

Siapa Dah Tengok, Angkat Tangan!!
by Rudy Syareme Sheriffudin /28/5/2021

Sempoi dan Terbaiklahhh!!!

Dua ayat yang mampu diungkapkan selepas menonton filem Kampong Pisang Muzikal Raya Istimewa karya pengarah tersohor, Mamat Khalid di saluran Astro First 480 malam tadi.

Ternyata ia tidak menghampakan malah makin menghiburkan dengan sentuhan yang berkonsepkan muzikal sebagai alur jalan cerita.

Sebagai penonton dan bukannya sebagai pengkritik hebat tetapi sekadar peminat filem melayu pastinya berbangga melihat naskah istimewa lain dari yang lain tanpa perlu menerapkan elemen-elemen klise yang sering disajikan dalam drama atau filem melayu.

Naskah terbaru ini adalah hadiah istimewa buat peminat sempena Hari Raya AidilFitri dalam suasana norma baru dan serba sederhana.

Paling sempoi adalah lagu-lagu yang disajikan dalam filem ini dan ia dinyanyikan sendiri oleh pelakon-pelakon utama dan paling melucukan gaya persembahan pelakon di sebalik lagu yang disampaikan begitu menghiburkan… Nak tahu kenalah tonton betul tak?

Rasanya tidak perlulah nakkan spoiled filem ini kerana penonton pasti terhibur di sebalik sinopsis cerita yang ditampilkan dan setiap watak mempunyai konflik dan delima masing-masing dalam menyambut Hari Lebaran.

Kisah bermula apabila seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya.

Husin kembali ke kampung bersama kekasih baru Nelly sehingga Cik Chun cemburu dan merajuk kerana cintanya ditolak.

Manakala Barkoba dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasih yang pernah tinggalkannya dahulu kerana berkahwin dengan lelaki berpangkat pengurus kilang.

Pak Din pula sedih kerana anaknya tiba-tiba tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersamanya.

Cik Purnama pula membawa beg pakaian dan tilam ke mana-mana kerana kesunyian.

Pak Karim dan Kak Som hiba kerana ini kali pertama beraya tanpa anak mereka yang telah tiada.

Daud M yang perlu bekerja di malam raya bagi penghantaran barang-barang buat penduduk kampong Pisang yang membeli barang di atas talian.

Apakah kesudahan cerita ini!!! Tunggu Apa Lagi!!! Jom layannnnn lagu-lagu istimewa dalam filem ini antaranya adalah :-

­čö░Halaman Asmara
­čö░Belaian Jiwa
­čö░Pantun Budi
­čö░Dipersimpangan Delima
­čö░Pulanglah
­čö░Cahaya Di Aidilfitri
­čö░Doa Dihari Mulia
­čö░Jika Kau Bercinta Lagi
­čö░Kekasih Awal dan Akhir
­čö░Selamat Hari Raya

Barisan pelakon-pelakon Kampung Pisang Muzikal Raya.

Dato’ Awie sebagai Husin
Kazar Sairi sebagai Pak Din
Bell Ngasri sebagai Barkoba
Aziz M. Osman sebagai Pak Jabit
Nazeera Sardi sebagai Cik Chun
Elizad Sharuddin sebagai Kiambang
Afea Deanna Baharudean sebagai Yah Kuchai
Avaa Vanja sebagai Cik Nab
Dewa Sapri sebagai Encik Purnama
Mat London (Ahmad Ibrahim) sebagai Pak Karim
Ellie Suriati sebagai Kak Som
Ahmad Yasin sebagai Ahmad Yasin
Joey Daud sebagai Daud M
Mohd Rashid Othman sebagai Faguha Jabar
Yeop Hitler sebagai Manap Sengau
Kaka Azraff sebagai Nelly
Rasydan Zackaria
Imuda
Raja Azmi

Siapakah Geragannya Wanita Berpurdah ‘Yati’ Yang Menjadi Bekas Kekasih Barkoba…Abg Mamat Ada Jawapannya???