Spice Cafe By Lexis Suite Penang Tawar Sajian Murah dan Sedap

Murah, Sedap dan Berbaloi,” Itulah yang mampu diucapkan penulis tatkala berkunjung ke Spice Cafe yang baru dibuka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Spice Arena Pulau Pinang.

Menariknya Spice Cafe By Lexis Suite Penang itu antara tarikan terbaru pengunjung yang hadir untuk mendapatkan vaksinasi di PPV berkenaan yang bermula seawal jam 8 pagi hingga 8 malam setiap hari.


AbgRudy dan Mercikkk.Com berkesempatan mengunjungi Spice Cafe ketika hadir bersama isteri untuk mendapatkan suntikan vaksinasi dos kedua selain mencuba menu sajian yang dijual di sana.

Harga yang murah, berbaloi dan sedap dan pujian ini bukan niat untuk membodek tetapi hakikat dan kenyataannya memang sedap sangat.

Di Spice Cafe terdapat pelbagai sajian yang sempoi dan melazatkan antaranya terdiri dari Salad dan Sandwich, Nasi, Bubur, Deep Fried (Goreng), Pasta dan Dessert dan Pastry.

Bagi yang menyukai Chef Salad, Japanese Wafu Salad, Egg Mayo Sandwich, Tuna Mayo Sandwich, Chicken Slice Sandwich dan Teriyaki Chicken Sandwich semuanya ada dari harga RM10 hingga RM12.

Selain itu, Nasi Sweet & Sour Vegan Chicken, Szechuan Fish, Teriyaki Chicken, Mandy Chicken Rice dan Black Pepper Chicken dan pastinya pilihan AbgRudy adalah Black Pepper Chicken Rice yang kesemuanya berharga dari RM12 hingga RM18.

Tidak terkecuali Fish Fillet Porridge, Chicken Porridge dan Abalone Porridge yang berharga antara RM12 hingga RM16.

Bagi yang suka sajian yang simple dan ringan boleh mencuba Samosa, Karipap, Takoyaki, Chicken Nuggets, French Fries, Potato Wedges, Golden Ball, Chicken Meat Ball dan Spring Roll yang kesemuanya berharga RM8 setiap satu.

Buat pengemar pasta janganlah risau kerana Spice Cafe menyajikan Spicy Chicken Pasta, Cabonarra Pasta dan Pomodoro Pasta yang berharga antara RM12 hingga RM16.

Untuk sajian pencuci mulut atau dessert pula boleh mencuba Floating Boom, Passion Fruit Layer Creamy Cheese, Qifen Larva Chocolate Strawberry, Qifen Larva Chocolate Mango, Baked Mixed Danish, Baked Fragrant Croissant, Cheese Cake, Chocolate Fudge, Oreo Cheese Cake dan Delex Molecolor Cendol Cake dan Pelbagai Kek yang dijual dari harga serendah RM8 keatas bagi setiap kepingan kek atau kek penuh berharga RM60.

Istimewa lagi bagi setiap pembelian makanan akan diberikan minuman panas atau sejuk secara PERCUMA tau bagi setiap promosi mingguan dan ia sungguh menjimatkan.

Saya sudah anda beli lagi… JOM CUBA SEKARANG!!!!

Kim#SetiaSPICE
#lexissuitepenang
#spicecafe
#LindungDiriLindungSemua
#letsfightcovid19together