Nantikan Pembukaan Rasmi Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!!!

Hai RockStar!!!

Inginkan sesuatu yang lain dari yang lain, pastinya ramai yang tidak sabar untuk pergi dan merasai sendiri keistimewaan yang ada di Hard Rock Cafe Puteri Harbour (HRCPH) yang akan dibuka di Iskandar Puteri, Johor Bharu, Johor Disember nanti.

HRCPH yang merupakan cawangan keempat Hard Rock Cafe selepas Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang itu bakal mengamit kedatangan pengunjung yang berkonsepkan bar kontemporari ini merupakan yang pertama dilengkapi reka bentuk dalam moden.

AbgRudy dan Mercikkk.Com berkesempatan menghadiri Sidang Media Khas Menerusi Aplikasi Zoom pagi tadi melahirkan rasa bangga apabila dijemput bersama-sama selain menyaksikan simbolik HARCPH yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Hadir sama, Datuk Bandar Iskandar Puteri, Dato Mohd Haffiz Hj Ahmad, Pengerusi Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Malcolm Chao, Arrea VP Asia Pasific Hard Rock Cafe International, Chistina Ong, Director, Corporate Strategic Planning, Tiong Nam Logistics Solutions Sdn Bhd dan Jimmy Wong, Pengurus Besar Hard Rock Cafe Puteri Habour.

Uniknya, dengan susunan berkelas tinggi, mewah dan tersusun rapi dengan tempat-tempat menarik bar seluas 557-meter persegi ini boleh memuatkan sehingga 238 orang tetamu yang terdiri daripada ruang makan luar dan dua tingkat dibahagian dalam kafe.

Pastinya tidak lengkap dan menarik tanpa pentas hiburan secara langsung serta ruang makan utama dan ruang makan peribadi yang berkonsepkan Alfresco di tingkat atas boleh memuatkan seramai 100 orang tetamu selain pemandangan indah menghadap pelabuhan serta panorama matahari terbenam menaikkan lagi seri kafe ini.

Buat tetamu yang datang di Hard Rock Cafe boleh berjalan di sepanjang ruangan dinding memorabilia yang memaparkan serangkaian memorabilia dari pemusik legenda dari seluruh dunia dimana selama bertahun- tahun, dinding memorabilia telah menjadi ciri khas bagi Hard Rock Café meraikan kepingan unik yang disumbangkan oleh atau dibeli dari bintang rock popular dari era yang berbeza selama bertahun-tahun.

Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour tetamu bakal disajikan dengan pelbagai pilihan rasa asli dari bahan- bahan yang berkualiti tinggi dan segar. Hard Rock Café menampilkan ‘Original Legendary® Burger’, siri ‘Signature Steak Burgers’, ‘Specialty Entrée’, ‘Bar Bites’ dan pelbagai pilihan salad, sandwic serta pencuci mulut.

Ia juga menawarkan pelbagai jenis minuman bebas alkohol dan minuman beralkohol seperti bir, wain, koktel buatan tangan termasuk hidangan rasmi Hard Rock sendiri iaitu koktel ‘Hurricane’.

Rock Shop yang terkenal di dunia di bawah jenama Hard Rock ini terletak di dalam kafe berkenaan turut menawarkan pengalaman berbelanja seperti bintang rock bagi pengumpul dan peminat untuk membawa pulang barang jualan seperti baju, topi, pin dan pelbagai koleksi lain.

“Kami mengalu-alukan kedatangan semua tetamu yang terdiri daripada penduduk tempatan mahupun pelancong dalam memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan berharap ianya dapat memberi galakan dan semangat dalam kehidupan seharian mereka yang sibuk.

Hard Rock Cafe Puteri Harbour berusaha untuk menaikkan selera dan minat anda dengan produk-produk terbaik daripada Hard Rock dalam memberikan pengalaman yang luar biasa. ” ulas Pengurus Besar, Jimmy Wong.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hantarkan pertanyaan anda melalui e-mel kepada www.hardrockcafe.com/location/puteriharbour .

Untuk pembelian barangan Hard Rock Cafe, kunjungi Rock Shop secara atas talian di https://shop.hardrock.com. Dapatkan maklumat tambahan mengenai jenama Hard Rock Café di laman sesawang www.hardrockcafe.com/

Nantikan pembukaan Hard Rock Cafe Puteri Habour Johor nanti ya!!! Kita Rocks Sama-Sama

RUDY – EDITOR MERCIKKK.COM