Ali Baba & 40 Hidangan

Kaunter Bubur Istimewa

Sup Gear Box menjadi tarikan

Gulai Kawah Daging Gunung Berapi

Pelbagai aneka kuih muih

Yong Tau Foo

Aneka Kerabu Pilihan

Nasi Briyani

Satay Ayam & Daging

Daging Rendang Bujang Lapok

Motosikal Elektrik menjadi hadiah utama cabutan bertuah

Bersempena sambutan dan kedatangan Ramadan Al-Mubarak, Vouk Hotel Suite Pulau Pinang tambil sentuhan berbeza masakan Arab untuk juadah berbuka puasa.

Bertemakan Ali Baba & 40 hidangan akan bermula dari 19 Mei hingga 13 Jun 2018 dimana sentuhan menu terbaru memiliki citarasa dan selera yang tersendiri.

Hidangan masakan Arab yang diperkenalkan termasuk Hummus dengan Roti Pita dan Sharwarna disajikan buat pelanggan.

Begitu juga sajian tempatan yang memiliki sentuhan tradisi kampung turut memperkenalkan Gulai Kawah Daging Dapur Gua Ali, Udang Emas Ali Baba, Daging Rendang Bujang Lapok, Kurma Daging Matakaji.

Tidak ketinggalan Mee Udang Pulau Pinang, Ikan Bakar termasuk ikan pari, ikan kembung, udang, sotong bersama air asam dan sos istimewa, Satay, keropok lekor, Murtabak Daging.

Paling istimewa, Yong Tau Foo dan Kambing Panggang dengan sos pilihan iaitu sos pudina, sos lada hitam dan sos cendawan.

Untuk hidangan pencuci mulut pula tidak ketinggalan Sago Gula Melaka, Bubur Pulut Hitam, Bubur Sarawak Durian, Bubur Kacang Hijau, Puding Mangga, Krim Karamel dan bermacam lagi.

Harga bagi bufet berbuka puasa adalah RM88 nett (Dewasa), RM60 (kanak-kanak dan warga emas).

Paling istimewa setiap pembayaran bagi orang dewasa layak untuk menyertai cabutan bertuah berupa LIMA motosikal elektrik, penginapan 3 hari 2 malam Suite Eksekutif Vouk Hotel Suite Pulau Pinang untuk dua orang serta baucher makan malam di Hardwicke House.

Untuk tempahan boleh hubungi talian 04-3708333

#sempoibaqhang by abgrudy